MINTA MAAF BILA BUAT SALAH ITU BAIK, TAPI MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN ITU MULIA
Assalamualaikum.. selamat malam semua.. lewat malam macam ni tiba-tiba tergerak hati ni untuk mengarang kiriman kedua untuk blog saya. Baca sampai habis ye dan jangan lupa tinggalkan komen korang kat bawah.
Setiap orang tak pernah lari daripada buat salah & silap. Sebagai manusia biasa, kita ni tak 'maksum' macam para nabi & rasul yang sentiasa suci daripada dosa. Pernah tak korang buat silap kat seseorang.. korang dah mintak maaf tapi orang tu taknak maafkan. Rasa kecewa & sedih kan? Saya pernah rasa perkara yang sama. Emosi memang 'down' bila kena macam tu. Atau dalam situasi yang berbeza, ada orang buat salah kat korang tapi dia tak mintak maaf. Boleh ke macam tu? Kalau dia tak tau dia salah macam mana?
"Muhasabah diri setiap hari tu sama pentingnya macam makan & minum setiap hari"
Seeloknya, setiap malam sebelum tidur, bukan menghadap smartphone tu sampai tertidur.. tapi ambik masa sikit untuk muhasabah diri. Duduk diam kejap, cuba fikir balik.. 'aku hari ni ada buat salah kat siape2 tak?' 'Ada sakitkan hati orang tak' ' Mintak maaf balik tak lepas buat salah tu?'. Ini antara persoalan yang sepatutnya bermain dalam fikiran kita sebelum tidur. Kalau bole, call/ mesej kat orang yang kita rasa ada buat salah kat dia tu. Mintak maaf kat dia. Kalau dia tak maafkan tu, doa la banyak2 ye semoga Allah lembutkan hati dia.
"Yang tak minta maaf & taknak memaafkan tu kedua-duanya rugi"
Saya pernah bertanya pada ustaz saya tentang minta maaf & memaafkan ni dan jawapan ustaz saya lebih kurang macam ni "Seeloknya kita yang minta maaf dulu pada orang tu atas kesalahan kita, soal orang tu maafkan atau tak.. itu urusan dia dengan Allah.. doa la semoga Allah lembutkan hati orang tu untuk maafkan kesalahan kita"
Video di bawah ni akan memberi kita jawapan lebih jelas tentang kiriman saya ni. Assalamulaikum dan terima kasih kerana membaca kiriman saya.
No comments:
Post a Comment