10 TERATAS MENARA DAN BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA
***************************************
Assalamualaikum.. hai semua.. lama dah irfan x update blog ni.. kena vacuum dan bersihkan betul2 ni.. hehe.. Dalam kiriman kali ni irfan nak kongsi kat semua "10 Menara & Bangunan Tertinggi Di Dunia". Rasa teruja kan sebab korang mesti nak tahu bangunan mana yang tertinggi tu.. baiklah.. dimulakan dengan tempat ke-10..
10. Kingkey 100 : Shenzhen, China
Kingkey 100 atau KK 100 terletak di tengah-tengah kota kewangan Shenzhen di China. Siap dibina pada tahun 2011, bangunan ini dinamakan KK100 kerana mempunyai 100 tingkat dengan ketinggian 441.8 m.
9. Willis Tower : Chicago, USA
Willis Tower atau dikenali sebagai Sears Tower merupakan sebuah mercu tanda di Chicago, USA. Dengan ketinggian 442.1 m dan 108 tingkat, bangunan ini berada di tangga ke-9.
8. Zifeng Tower : Nanjing, China
Nama rasminya Zifeng Tower atau dikenali sebagai Nanjing Greenland Financial Centre, bangunan ini mempunyai 66 tingkat dan ketinggian 450 meter. Menduduki tangga ke-8 dalam carta blog "Pena Merah Biru".
7. Menara Berkembar Petronas : Kuala Lumpur, Malaysia
Menara Berkembar Petronas atau KLCC merupakan mercu tanda penting di negara kita. Siap dibina pada tahun 1998, menara ini mempunyai 88 tingkat dengan ketinggian 1482.9 kaki. Untuk pengetahuan, menara ini memegang rekod sebagai menara tertinggi di dunia dari tahun 1998 sehingga tahun 2004 sebelum takhta tersebut dirampas Taipei 101 dan seterusnya Burj Khalifa.
6. International Commerce Centre : Hong Kong, China
Seterusnya, International Commerce Centre (ICC) Hong Kong atau nama kompleks nya Union Square merupakan bangunan ke-6 tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai 108 tingkat dengan ketinggian 484 meter.
5. Shanghai World Financial Center : Shanghai, China
Shanghai World Financial Center terletak di bandaraya Shanghai, China. Bangunan ini siap dibina pada tahun 2008 dan menempatkan hotel dan ruangan pejabat. Bangunan ini mempunyai 101 tingkat dengan ketinggian puncak 494 meter.
4. Taipei 101 : Taipei, Taiwan
Taipei 101.. bangunan keempat tertinggi di dunia. Dengan ketinggian 508 meter dan 101 tingkat, bangunan ini siap dibina pada tahun 2004 (memecahkan rekod menara tertinggi di dunia yang dipegang oleh KLCC sejak tahun 1998) merupakan mercu tanda utama bagi warga Taiwan. Menempatkan ruang pejabat secara umunya.. bangunan ini juga digunakan untuk memancarkan bunga api semasa sambutan festival atau perayaan.
Nampaknya kita menghampiri carta teratas 3 bangunan yang tertinggi di dunia.. kita mulakan dengan tempat ke-3..
3. One World Trade Center : New York City, USA
Selepas runtuhnya World Trade Center pada 11 September 2001, One World Trade Center dibina semula di Ground Zero (lokasi sama World Trade Center) dengan ciri-ciri keselamatan lebih tinggi dan persediaan menghadapi bencana. Berketinggian 541.3 meter dan 94 tingkat, One World Trade Center dibuka semula di New York City setelah siap dibina pada tahun 2014
P.S : Bangunan ni dirasmikan/dibuka pada ulang tahun peristiwa 9/11 yang ke-13
2. Makkah Royal Clock Tower Hotel : Makkah, Arab Saudi
Menara Jam Diraja Makkah merupakan bangunan dan mercu tanda utama di Kota Makkah. Pembinaan menara ni juge disertai oleh jurutera dari negara kita. Dibina dengan ciri-ciri Islam, menara ini menampilkan Kota Makkah yang semakin moden dan pesat membangun. Menempatkan hotel untuk jemaah haji dan umrah yang datang ke Kota Makkah. Menara ini berketinggian 601 meter dan 120 tingkat. Siap dibina pada tahun 2012.
Dan di tempat yang pertama...
1. Burj Khalifa : Dubai, UAE
Inilah dia Burj Khalifa.. bangunan yang tertinggi di dunia. Memegang rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia sejak siap dibina pada tahun 2010 hingga kini. Burj Khalifa menempatkan ruang hotel dan tempat tinggal mewah. Untuk pengetahuan semua, ketinggian sebenar Burj Khalifa ialah 828 meter namun ada pihak yang mengatakan ketinggian sebenar bangunan ini masih dirahsiakan. Mempunyai 163 tingkat.. individu yang tinggal di tingkat melebihi 140, mengalami waktu solat yang berbeza berbanding individu yang tinggal di tingkat lebih rendah. Bangunan ini terletak di bandaraya Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
(Keterujaan manusia untuk membina bangunan dan menara pencakar langit sebenarnya merupakan tanda-tanda hari kiamat. Ketika ini kita mengetahui bahawa bangunan tertinggi di dunia akan datang iaitu Kingdom Tower (dikatakan mempunyai ketinggian lebih 1 kilometer) sedang dibina. Apakah ini menara tertinggi di dunia apabila siap atau rekod itu akan diatasi juga..)
Terima kasih kerana membaca. Kalau ada yang nak ambik/copy untuk presentation.. sila tinggalkan komen kat bawah dulu.. Assalamualaikum.. :)